Home » BERITA » Punca Kebocoran Data Maklumat Peribadi Diketahui

Punca Kebocoran Data Maklumat Peribadi Diketahui

Punca Kebocoran Data Maklumat Peribadi Diketahui itulah yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan. Hasil daripada siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka sudah mengenalpasti dan mendapat petunjuk bagaimana kebocoran data peribadi pengguna telefon berlaku dan sudah mengenal pasti pihak yang terlibat.

Punca Kebocoran Data Maklumat Peribadi Diketahui
Punca Kebocoran Data Maklumat Peribadi Diketahui
Siasatan sedang dijalankan oleh PDRM di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
“Perkara ini berlaku di satu daripada syarikat komunikasi dan dipercayai semasa proses transaksi penukaran data, ada kakitangan yang mengambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan pegawai awam PDRM bersama Ketua Polis Negara sempena sambutan Hari Polis ke-210 di Maktab PDRM, Cheras di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Check Also

BERSATU Dan UMNO Bentuk Kerajaan Baru Di Johor

BERSATU Dan UMNO Bentuk Kerajaan Baru Di Johor

BERSATU Dan UMNO Bentuk Kerajaan Baru Di Johor. Susulan kemelut politik yang melanda negara kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.