Punca Sebenar Datuk Seri Pukul RELA yang sedang hangat diperkatakan sekarang di media-media sosial begitu juga media arus perdana. Punca Sebenar Datuk Seri Pukul RELA hanya disebabkan mereka meminta Datuk Seri itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas lalu dipukul dan ditendang lelaki berkenaan. Dua tiga hari ini memang penuh di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen melaporkan tentang kes Datuk Seri pukul anggota RELA ini.
Lelaki muda yang bergelar Datuk Seri berusia 29 tahun didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika mereka bertugas di sebuah tokong di Jalan Ampang, minggu lalu, direman empat hari bermula hari ini hingga 3 November. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tempoh reman itu untuksiasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.
Semalam, Datuk Seri berkenaan ditahan polis pada jam 4 petang selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Berikutan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang selain turut membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Jumaat lalu, tiga anggota RELA, Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing mengalami bengkak pada mata kiri selain sakit pada beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki berkenaan. Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta Datuk Seri itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.