Home » Uncategorized » Punca Sebenar Jurugambar NST ditumbuk keluarga mangsa MH17

Punca Sebenar Jurugambar NST ditumbuk keluarga mangsa MH17

Punca Sebenar Jurugambar NST ditumbuk keluarga mangsa MH17 

PETALING JAYA: Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini pada Selasa.

Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk oleh seorang lelaki dipercayai kenalan ahli keluarga mendiang Subashni Jretnam.

Lelaki itu dikatakan bertindak demikian bagi menghalang Aizuddin Saad mengambil gambar mereka.

Aizuddin dilaporkan cedera ringan dan kameranya rosak akibat kejadian itu. Sebelum itu, wakil-wakil media dilarang keras dan dihalau oleh ahli keluarga Subashni daripada membuat liputan.

Punca sebenar mungkin disebabkan serbuan secara beramai-ramai jurugambar yang bertugas menimbulkan rasa tidak disenangi ahli keluarga yang dilanda kesedihan akibat kehilangan orang kesayangan dalam tragedi MH17.

Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.

Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.-SUMBER

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. Kesian…jalan kan tugas pun kena…tp tu la…bab2 mcm ni mmg sensitive. .x tau nk slhkan sapa…maybe boleh ckp baik2 kot to the media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.