Home » SUKAN » Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT

Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT

Ini admin kongsikan Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT semasa perlawanan separuh akhir pertama melibatkan pasukan Perak dan Johor Darul Takzim di Stadium Perak Ipoh. Admin kongsikan rangkuman laporan-laporan daripada BH Online untuk bacaan anda semua.

Kekecohan berlaku selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) meskipun kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Perak di sini malam ini. Difahamkan, kekecohan dipercayai bermula sebelum tamat perlawanan yang menyaksikan kedua-dua penyokong mula membaling botol ke padang.

Ada antara individu yang tidak dikenal pasti mengeruhkan lagi keadaan apabila membaling mercun ke arah sekumpulan penonton. Seorang lelaki dipercayai penyokong cedera di kepala dan perut akibat terkena mercun berkenaan dan diberikan rawatan awal Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat menahan beberapa individu bagi mengawal keadaan. Sementara itu, enam bas yang membawa penyokong JDT diarahkan beredar dari kawasan stadium untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Dua termasuk seorang anggota polis cedera dalam kekecohan selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak di sini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata keadaan dalam stadium sepanjang perlawanan adalah terkawal namun berlaku kekecohan sebaik tamat perlawanan.

Katanya, kekecohan dipercayai berpunca daripada penyokong Perak manakala penyokong JDT dikawal anggota polis ketika keluar dari stadium. “Setakat ini, dua cedera iaitu seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh manakala seorang lagi lelaki daripada penyokong JDT dipercayai akibat mercun.

“Butiran mengenai lelaki berkenaan belum diperoleh,” katanya ditemui di stadium sebentar tadi. Beliau berkata, beberapa individu turut ditahan dipercayai menimbulkan kekecohan dan membaling mercun di luar stadium. “Penyokong JDT seramai kira-kira 200 orang pulang dalam keadaan selamat dan tidak berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Chang Keong berkata, seramai 1,000 pegawai dan anggota polis serta Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keselamatan di stadium berkenaan dan bersurai pada jam 12.15 tengah malam selepas suasana kembali tenang dan terkawal.

Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT
Punca Sebenar Kekecohan Penyokong Perak dan JDT

Sementara itu tujuh penyokong bola sepak masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencetus pergaduhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, malam kelmarin.

Mereka ialah Daim Mokhtar, 18; Muhammad Arif Ashraf Muhsin, 21; Wan Nazirul Shahpri Wan Mazran, 23; Muhammad Afif Ashrani Muhsin, 24; Muhammad Aizat Ariff Fadilah, 25; Mohd Mansur Mat, 28 dan Mohd Noramin Anuar, 29. Kesemua mereka beralamat di negeri ini didakwa melakukan kesalahan itu di pintu F, Stadium Perak di sini pada jam 10.50 malam 15 Oktober lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kesemua mereka mengaku bersalah di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah. Pendakwaan oleh Nurul Qistini Qamarul Abraf manakala tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Kesemua mereka membayar denda berkenaan. BH sebelum ini melaporkan tujuh lelaki ditahan polis selepas menimbulkan kekecohan di tempat awam selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017, malam kelmarin. Dalam kejadian itu, dua lelaki cedera dengan seorang anggota polis dibaling batu manakala seorang penyokong JDT akibat terkena mercun.

Check Also

Pingat Emas Perseorangan Lelaki Wanita Badminton

Pingat Emas Perseorangan Lelaki Wanita Badminton

Pingat Emas Perseorangan Lelaki Wanita Badminton. Tahniah buat pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.