Home » BERITA » Punca Sebenar Majalah Ujang dan APO Dihentikan

Punca Sebenar Majalah Ujang dan APO Dihentikan

Punca Sebenar Majalah Ujang dan APO Dihentikan
Punca Sebenar Majalah Ujang dan APO Dihentikan

Semalam terbaca satu post yang mengatakan MOY Publication dengan rasmi menutup operasinya. Admin terbaca satu post daripada kartunis Ubi. Cuba lihat dengan jelas menerusi gambar di bawah ini. Tahukah anda apakah Punca Sebenar Majalah Ujang dan APO Dihentikan? Jom kita baca Punca Sebenar Majalah Ujang dan APO Dihentikan yang admin petik dari laporan Hype Media.

Salam,

Dengan perkembangan baru hari ini, ramai yang bertanya melalui inbox dan komen-komen. Inilah kisah yang ingin saya kongsikan.

Alhamdulillah, berkesempatan bertemu sahabat-sahabat dan karyawan-karyawan di MOY Publication siang tadi. Masing-masing masih mampu berjenaka dan redha dengan ketentuannya. Semoga semuanya bakal sukses dan berjaya dengan halatuju masing-masing selepas ini. InshaAllah.

Saya sempat berdiskusi dengan Pengarah Urusan, Mr Boy (Tuan Yusof Huzairy) cuba bertanya sebab-sebab keputusan drastik tersebut. Dengan berat hati beliau menyatakan, dengan trend yang ada sekarang, kos operasi yang besar tidak mampu menampung penerbitan majalah secara fizikal untuk jangkamasa yang lama. Dengan nilai ringgit yang semakin jatuh, kos kertas yang melambung, GST dan trend pembacaan terkini yang lebih ke arah digital, dunia penerbitan majalah secara konservatif sedang mengalami kemuncupan.

Walau bagaimanapun, beliau sedang mengusahakan satu rangka perancangan melalui Bekazon (laman web online) untuk para peminat kartun majalah APO? dan Ujang untuk terus menikmati karya-karya mereka secara online selagi permintaan menggalakkan. Ruang ini bakal dibuka bukan sahaja kepada pengkarya-pengkarya yang sedia ada, tetapi juga kepada yang baru dan berpotensi.Punca Sebenar Majalah Ujang dan APO Dihentikan

Sejumlah pampasan RM1.7 juta) juga sudah diperuntukkan sebagai saguhati kepada kakitangan yang tidak bernasib baik. Kepada pengkarya-pengkarya yang masih berminat untuk berkolaborasi dengan projek Bekazon, beliau sangat dialu-alukan. Namun begitu, keputusan adalah di tangan individu-individu pengkarya itu sendiri. Segala-galanya akan ada proses perbincangan agar tiada pihak yang teraniaya.Punca Sebenar Majalah Ujang dan APO Dihentikan

Buat masa terdekat ini, saya bakal berehat dari berkarya secara serius buat sementara. Mungkin sudah penat sikit. Harap-harap dapatlah fokus sedikit buat kajian tentang trend penerbitan terkini.

Amatlah besar harapan saya diberi kemaafan jika sepanjang saya berkarya di Majalah APO? dan Ujang, ada terkasar bahasa, hati yang tersentuh, jenaka yang kurang bagus dan kesalahan-kesalahan lain yang saya tidak sedari. Semoga pengalaman yang manis dikongsi bersama, yang pahit kita renungkan sebagai pengajaran.Punca Sebenar Majalah Ujang dan APO Dihentikan

Diharapkan sepanjang 17 tahun berkarya di Majalah APO? sedikit sebanyak ada sumbangan kami bagi memeriahkan dunia industri komik tempatan.

Insha Allah, ini mungkin sementara. Jika ada rezeki berkarya di kesempatan yang lain, saya akan umumkan buat semua. Bertemu lagi kita ya.

Terima Kasih
Wasallam

Adios Pronto

KARTUNIS SIREH

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.