Home » BERITA » Punca Sebenar STAFOC STING STAGG Dibubarkan

Punca Sebenar STAFOC STING STAGG Dibubarkan

Punca Sebenar STAFOC STING STAGG Dibubarkan. Seperti yang telah viral satu video di mana seorang pegawai tinggi PDRM telah mencabut nama unit STAFOC dari uniform anggotanya dan seluruh negara tahu yang STAFOC dibubarkan. Tetapi kita tidak tahu akan puncanya bukan?

Punca Sebenar STAFOC STING STAGG Dibubarkan
Punca Sebenar STAFOC STING STAGG Dibubarkan

Jom kita dengar penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu ini. Beliau menjelaskan langkah penstrukturan semula Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pembubaran tiga pasukan tindakan khasnya dibuat untuk menambah baik prestasi pasukan itu selain mengelak pertindihan fungsi unit di dalamnya.

Pasukan khas yang dibubarkan terdiri daripada Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) bertujuan menstruktur semula pasukan ke arah yang lebih baik.

“Tindakan PDRM itu selaras dengan usaha kerajaan dalam melakukan pembaharuan kerana kita dapati kalau ada pertindihan fungsi di dalam badan terbabit maka ia (pasukan atau unit) tak wajar diteruskan.

“Kita yakin dengan ‘alignment’ (penyusunan) yang baharu ini, peranan PDRM akan lebih cekap dan berkesan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan oleh Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga pengasas TSMCG turut menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM50,000 kepada 10 persatuan kebajikan yang memerlukan, antaranya Yayasan Orang Buta Malaysia, Rumah Kebajikan Karunai Illam dan Persatuan Microtia Atresia Malaysia.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilapor berkata, sehingga kini kira-kira 60 peratus arahan pertukaran kepada pegawai serta anggota pasukan berkenaan sudah dikeluarkan secara berperingkat.

Menurutnya pembubaran pasukan itu masih belum selesai sepenuhnya kerana ia tidak boleh dilakukan secara sembarangan serta memerlukan waran untuk melakukan penstrukturan semula.

Sementara itu, mengulas statistik baharu yang dikeluarkan oleh badan penyelidik bebas yang merumuskan rating kerajaan Pakatan Harapan (PH) merosot kepada 39 peratus daripada 79 peratus antara 21 Mei lalu dan 11 Mac tahun ini, Muhyiddin berkata, PH akan mengambil perhatian serius mengenai perkara itu.

“Kita tahu rating tidak berapa baik, tapi masih ada banyak masa untuk kita bangunkan semula kedudukan kita dan meningkatkan prestasi.

“Ada banyak juga yang telah dilakukan kerajaan PH dan kita masih perlu menangani isu serta masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya – BERNAMA

Apo nak dikato STAFOC tiada lagi lepas niUnit STAFOC Dalam Kenangan.2013 – 26/4/2019.Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) / Special Task Force On Organised Crime (STAFOC)Tarikh pelancaran: 1 Januari 2014Tempat pelancaran: Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala LumpurAnggota awal: 400 pegawai dan anggotaHQ: Ibu Pejabat Polis Bukit AmanTujuan: Menangani dan menguruskan kes-kes jenayah dengan efisien.Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid HamidiSkop kerja:- Menguruskan dan menangani operasi yang bersifat pelbagai.- Menangani jenayah terancang membabitkan sindiket rompakan bank, culik, pelacuran, pengedaran dadah, sindiket haram, gangsterisme, perjudian dan pemerdagangan manusia.

Posted by Berita Viral Terkini Malaysia on Friday, 26 April 2019

Check Also

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia. Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.