Punca Siswi UiTM Nursyuhada Johari Maut Dikelar
Memang gempar apa yang berlaku dua hari lepas di lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang, Perak apabila seorang siswi UiTM maut selepas lehernya dikelar. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Nursyuhada. Admin mengikuti semalam berita tentang kes ini di televisyen dan dapat dirumuskan apakah Punca Siswi UiTM Nursyuhada Johari Maut Dikelar.
Menurut ahli keluarga arwah, semasa bercakap dengan wartawan semalam arwah sebelum ini memang pernah diganggu oleh suspek. Suspek dikatakan memang mempunyai masalah mental.
Sejak dari zaman sekolah lagi suspek ada mengganggu arwah dan pernah juga keluarga mangsa membuat laporan polis terhadap suspek.
Mungkin sudah sampai kemuncak kejadian kelar ini merupakan jalan pintas bagi suspek melepaskan segala yang disimpan. Menurut keluarga dan rakan arwah, arwah telah dipaksa menaiki kereta bersama suspek seterusnya berlakulah kejadian yang tidak disangka-sangka tersebut.
takziah buat keluarga arwah…polis yg amek report tu xde amek tindakan ke…haishhh….