Home » INFORMASI » Q&A Diskaun 10% PTPTN

Q&A Diskaun 10% PTPTN

Q&A Diskaun 10% PTPTN

FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA
BIAYA YANG MEMBUAT ANSURAN BAYARAN BALIK PINJAMAN/ PEMBIAYAAN PTPTN SELAMA  12 BULAN BERTURUT-TURUT ATAU 12 BULAN KE
HADAPAN MENGIKUT JADUAL BAYARAN BALIK MULAI 1 OKTOBER 2012
SOALAN 1
Siapakah yang layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran
balik pinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik  yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan
berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Oktober 2012.
SOALAN 2
Saya telah membuat bayaran balik pada setiap bulan  mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan
semenjak dahulu. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai
pembayaran  1 Oktober 2012. Bayaran balik
yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun
ini.  Pengiraan  dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Oktober
2012.

SOALAN 3

Saya telah membuat bayaran balik ansuran bulanan melebihi
daripada ansuran bulanan yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan
berturutturut? Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1
Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambil
kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada
jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan. Contoh
pengiraan :
Jumlah bayaran balik mengikut    : RM2,100
Jadual bayaran balik (12 bulan)
Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan)  : RM3,000
Pemberian diskaun yang diberikan    : RM
300
(10% x RM3,000)
SOALAN 4
Saya membuat bayaran balik setiap bulan tetapi tidak
mengikut jadual bayaran balik iaitu kurang daripada ansuran yang ditetapkan,
tetapi berturutan selama dua belas (12) bulan. Adakah saya layak mendapat pemberian
diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak layak.Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada
peminjam yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik yang
ditetapkan.
SOALAN 5
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji,
adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran
jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan
gaji bermula 1 Oktober 2012.
SOALAN 6
Dalam bentuk apakah pemberian diskaun 10% ini diberikan?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan
akaun. SOALAN 7 Bilakah pemberian diskaun 10% akan diberikan kepada peminjam?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam
menyelesaikan tempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut
atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
SOALAN 8
Saya telah dikenakan tindakan saman/ penghakiman, tetapi
membuat bayaran balik secara ansuran berturutan selama dua  belas (12) bulan (selepas Bajet 2013
diumumkan). Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual
bayaran balik selepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuat pertukaran
pinjaman kepada pembiayaan Ujrah.
SOALAN 9
Berapa kalikah diskaun 10% diberikan kepada peminjam?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan tanpa had (masih dalam
jadual bayaran balik sebenar), tertakluk kepada peminjam membuat bayaran balik untuk
setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12)
bulan ke hadapan.
Q&A Diskaun 10% PTPTN
Q&A Diskaun 10% PTPTN

SOALAN 10
Saya telah membuat bayaran balik (sebelum Bajet 2013
diumumkan). Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak layak, kerana pemberian diskaun ini diberikan mulai 1
Oktober 2012
dan ke hadapan.
 SOALAN 11
Adakah saya perlu memohon bagi mendapatkan pemberian diskaun
10%?
Jawapan :
Tidak perlu kerana pemberian diskaun 10% akan dikira selepas
dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik
dilakukan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
SOALAN 12
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji
tetapi terdapat kesilapan potongan gaji/ lewat diremitkan oleh majikan kepada
PTPTN.  Adakah saya layak untuk pemberian
diskaun 10%?
Jawapan :
Layak setelah pengesahan semula dilakukan oleh pihak majikan
kepada
PTPTN.
SOALAN 13
Saya telah menunaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
tetapi bukan merupakan peminjam PTPTN. Adakah saya layak menerima pemberian
diskaun 10%?
Jawapan :
Layak sekiranya bayaran balik Wang Pendahuluan Pembiayaan
(WPP) dibuat selama dua belas (12) bulan berturut-turut bermula   1
Oktober 2012.
SOALAN 14
Adakah pemberian diskaun 10% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/
jurusan yang ditaja oleh PTPTN?
Jawapan :
Ya, tertakluk kepada ansuran bayaran balik mengikut jadual
bayaran balik selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12)
bulan ke hadapan.
SOALAN 15
Bagaimanakah pemberian diskaun 10% dikira?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran
bulanan mengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) bulan
berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
SOALAN 16
Sekiranya saya mempunyai lebih daripada dua (2) pinjaman,
adakah saya layak untuk menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak bagi kedua-dua pinjaman jika bayaran dibuat
berdasarkan jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
SOALAN 17
Saya membuat bayaran tetapi tidak konsisten (kadang-kadang
mengikut jadual bayaran balik, kadang-kadang kurang), dan telah membuat bayaran
balik dua belas (12) bulan berturutan sebelum ini, adakah saya layak untuk mendapat
pemberian diskaun 10%?
Jawapan:
Tidak Layak. Bayaran balik mesti dilakukan mengikut jadual
bayaran balik yang telah ditetapkan. Pemberian diskaun 10% hanya  diberikan untuk ansuran berturut-turut selama
dua belas (12) bulan  atau dua belas (12)
bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
SOALAN 18
Saya membuat bayaran balik sekali (melalui KWSP), adakah
saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan:
Layak, sekiranya amaun bayaran balik daripada KWSP sama atau
melebihi ansuran bayaran balik bagi tempoh dua belas (12) bulan.
SOALAN 19
Saya
telah membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji dan dijangka akan
tamat pada Disember 2012. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak layak kerana pemberian diskaun 10% ini bermula pada
Oktober 2012 dan tidak cukup dua belas (12) bulan berturut-turut.
SOALAN 20
Saya telah membuat bayaran balik melalui Arahan Tetap
(Standing Instruction – SI) tetapi mengikut rekod PTPTN terdapat bayaran balik
yang tidak diterima dalam tempoh 12 bulan ?
Jawapan :
Semakan akan dilakukan dan kelayakan akan ditentukan
berdasarkan kepada semakan PTPTN dan pihak bank.

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020. Apakah intipati perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia …

14 comments

  1. thanks sbb sharing maklumat ni…

  2. erk aku bukanlah orang yg bijaksana… maka aku tak sempat nak melanjutkan pengajian aku.. dan ini bermakna aku tak merasa nak pijam PTPTN dan tek merasa diburu mimpi ngeri utk membayor balik PTPTN mue he he he >..<

  3. info lengkap..klo dpt ptptn dgn laju byr..haha

  4. info yg berguna nie bro……
    pejelasan yg jelas kepada peminjan PTPTN……

  5. thanks. sgt berguna info ni.

  6. byk persoalan dpt dirungkai di sini.. 🙂

  7. ha amek. mmg jelas nih. nice entry la Phat 😉

  8. Thanks Bro Phat.. Good Info untuk para peminjam PTPTN

  9. terbaik..semoga jadi rujukan para peminjam ptptn

  10. ehem2… kpd smua, cpat la byo utg PTPTN tu., 🙂

  11. nice. thanks for info phat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.