Home » BERITA » Rafizi Tinggalkan Dunia Politik?

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik?

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik? Biar betul Rafizi Ramli ni. Habis rakyat perlukan anda untuk tunggu formula-formula anda tentang harga minyak murah, kereta murah dan semua lah yang ang janji sebelum PRU dulu.

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik
Rafizi Tinggalkan Dunia Politik

Tup-tup tak nak kembali ke dunia politik pulak dah. Admin memetik laporan dari akhbar online Perak Today hari ini. Jom sama-sama kita baca kisah penuh menerusi laporan tersebut.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjelaskan yang beliau tidak akan kembali ke arena politik, sebaliknya kini sedang memberi tumpuan kepada pembelajaran berkaitan teknologi.

Melalui ciapan di laman sosial Twitternya, Rafizi menegaskan itu adalah tahap baru hidupnya kini.

“Saya sudah jelaskan dalam tweet saya sebab secara jelas bahawa saya tidak akan kembali kepada politik.

“Ini tahap hidup saya apabila saya perlu belajar. Hanya melalui pembelajaran kita boleh menjadi lebih baik dan menyumbang lebih baik.

“Teruja untuk memberi tumpuan kepada AI, pembelajaran mesin & IoT – lihat apa yang saya dapati minggu lepas,” katanya sambil memuat naik video.

Pada 15 Nov lalu, selepas dibebaskan daripada hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), Rafizi menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk kembali aktif dalam politik pada masa terdekat ini.

Bercakap kepada wartawan luar Mahkamah Tinggi Shah Alam, bekas ahli parlimen Pandan itu berkata beliau mahu terus menjadi “orang biasa” dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakannya memetik MKini.

“Ramai yang kurang faham yang masa di dalam medan depan politik ambil masa cukup panjang dan tenaga serta masa daripada keluarga.

“Saya memang sebut dari awal saya tak berminat buat masa ini. Saya juga tak minat ada jawatan-jawatan bersabit kerajaan atau awam, saya ingat masa tiga hingga empat tahun ini untuk kembali jadi orang biasa.

“Masalah utama orang politik baik BN dan sekarang Pakatan Harapan (PH), bila menang jadi kerajaan, dia tak hidup seperti orang biasa, dia jadi lupa daratan,terpisah dengan realiti.

“Jadi saya rasa masa PH berkuasa adalah zaman saya kembali jadi orang biasa, cari makan macam orang biasa,” kata Rafizi. -Perak Today-

Check Also

Papagomo Diserang Di Airport KK

Papagomo Diserang Di Airport KK

Papagomo Diserang Di Airport KK. Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris membuat laporan polis …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.