Rakyat Malaysia Stop Being Selfish - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Rakyat Malaysia Stop Being Selfish

Rakyat Malaysia Stop Being Selfish

Rakyat Malaysia Stop Being Selfish. Satu perkongsian yang sangat menarik dari seorang yang bernama Nurul Izyan Rahmat di laman facebook beliau. Perkongsian berkenaan wabak Covid-19 yang sedang melanda satu dunia ketika ini.

Rakyat Malaysia Stop Being Selfish

Amaran keras, pos berunsurkan COVID. Kalau rasa anda care, sila teruskan. Kalau tak rasa sayang diri dan keluarga. Abaikan..

I thought i wont publish my picture in social media. Sebab cukuplah for me, kawan-kawan, specialist, staff nurses, sisters, PpK, lab and radio staff, polis bantuan and sesiapa saja kat hospital and KkM rasa pengalaman “nightmare” ni. Tapi bila makin banyak kes, rasa macam nak bersuara.

STOP BEING SELFISH!

Tau tak pakai baju tu tak cool pun. Bukan naik ke bulan mcm angkasawan pun. Tu baru first layer. Ada byk layer lagi nak kena pakai. Berapa ramai orang risau esp my family. Me myself pulak risau kalau post procedure tak clean up bersih-bersih and terbawa balik ke family.

Sudah-sudahlah dengan all the events. Sudah-sudahlah dengan travel sebab tiket murah. Memanglah musafir tu dapat pahala, tapi memudaratkan diri sendiri serta orang lain tu apa hukumnya pulak? Kalau memang ada contact with positive covid people jangan malu atau apa-apa perasaan yang buat korang tak rasa nak pergi cek. Mengaku betul-betul dengan paramedic. Jangan menyamar cakap batuk sesema n nk MC atau putar belit history. Kesian orang tak bersalah dapat juga “share” tu. Ari ni je dah tambah kes kat Malaysia. Dah macam berlumba apa pulak. Kalau pertandingan sukan ke negara terbersih menarik gak. Ni pertandingan Covid case paling banyak. Bila satu patient masuk ICU kita kne guna at least 6 staff utk that one patient. Lepas tu pesakit lain yang layak utk masuk icu terpaksa di kurangkan sb staff tak cukup. Macam mana? Staff tu bukan lah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Atau pun boleh minta fotostat utk jadikan banyak. Kesian rasa kat diorg semua. (Thank you Semua).

Budak-budak kecik tu tak payahlah bawa melawat orang sakit pergi hospital, tak cuti sakan dulu kot. Cuti sekolah kali ni spend time dalam rumah, main batu seremban ke, congkak ke, chess ke ?? Nak share tu, share harta ke makan ke ilmu ke bukan kesakitan. Sekarang virus/bakteria dah sepah-sepah sangat. Nanti dah rede sikit (which tak tau bila) baru jalan-jalan bersungguh.

Cuci tangan, jaga wudhu, sila mandi. Nak keluar boleh, tapi jaga jarak. Lebih baik stay at home kot. Kalau bersin tutup mulut, cuci tangan.

Sesiapa yang tak serah diri lagi, silalah. Jangan pentingkan diri sendiri. Kesian tau staff KKM yang berusaha gigih, mengabaikan keselamatan diri sendiri dan keluarga untuk orang-orang lain. Kalau kita semua jaga dan tak pentingkan diri, inshaAllah dapat kurangkan segala masalah ni. Negara lain makin mengurungkan diri, negara kita makin banyak yang keluar…

Maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa. Nobody perfect esp me. Hanya luahan dari sudut hati. We dont want any rewards from Malaysian. Kami cuma nak kesedaran sivik je dari semua. Sedarlah. Jangan selfish!

Ps: special thanks to our DG, Dr Azmin, Dr Mas, Dr Omar, kak lyd, kak nida, Jerome, aina, ambikah, jia, ICU team hsa esp wawa, abg ahmad, kak miri, kak min, elfiraloy, kak su, sr pijot, sr dayah (too many names to mention) dan semua paramedic yang bertungkus lumus menjaga kepentingan rakyat Malaysia

Check Also

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet  

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.