Beberapa hari ini penuh timeline Facebook admin sahabat-sahabat kongsikan berkaitan dengan Aiskrim Sumi. Terliur tengok aiskrim sumi ini. Zaman masa kecil-kecil dulu memang hari-hari makan aiskrim Malaysia ni. Tetapi admin terus terang tak pernah lagi rasa aiskrim sumi ini. Yang biasa admin makan dulu perisa jagung, bubur kacang, asam masin, sirap, bandung dan banyak lagi lah. Jadi dikesempatan ini admin ingin kongsikan kepada anda semua Resepi Aiskrim Sumi yang tengah viral sekarang ini.
Bukan sahaja perkongsikan Resepi Aiskrim Sumi tetapi pakej sekali dengan cara membuat aiskrim sumi tersebut. Jika dilihat pada gambar aiskrim sumi ini memang membuatkan anda ingin mencuba untuk membuatnya. Nampak enak dan sedap sekali dalam gambar. Itu belum masuk mulut bukan? Jika dah masuk ke dalam mulut tak tahu lah bagaimana nikmatnya.
Ini Resepi Aiskrim Sumi dan anda boleh mencubanya sendiri. Admin berkongsi Resepi Aiskrim Sumi ini daripada blog Intan Nurfuzie. Jom kita lihat Resepi Aiskrim Sumi dan cara mudah untuk menghasilkan aiskrim sumi tersebut. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua terutama kepada semua peminat-peminat aiskrim.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Aiskrim Sumi
- 1 Tin Susu Pekat
- 1 Tin Susu Cair
- 4 Tin Air
- 2 Bungkus Sumi (Pelbagai warna)
- Sedikit Garam
- Plastik aiskrim
Cara-cara membuat Aiskrim Sumi
- Sumi dipotong 4 atau lebih
- Susu Pekat, Susu Cair, Air dan garam dipanaskan sehingga mendidih
- Sejukkan
- Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi
- Ikat dan masukkan kedalam peti ais beku.
- Setelah beku boleh la makan