Home » INFORMASI » Resipi Biskut Almond London

Resipi Biskut Almond London

Resipi Biskut Almond London.

 

Resepi Biskut Almond London

Bahan-bahan:

250gm mentega
100gm gula kaster
50gm nestum(kalau nak kisar boleh, tak kisar pun ok)
100gm tepung jagung
200gm tepung gandum(secukupnya)
Kacang badam secukupnya (dipanggang)
1 sudu teh esen vanilla
Almond nib secukupnya sbg hiasan.
Coklat masakan
Papercup

 

Cara2 membuatnya:

Putar mentega dgn gula hingga sebati
Masukkan nestum dan putar(sekejap shj) hingga adunan sebatii
Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
yang lembut
Rehatkan dlm 15 minit & ditudung dgn kitchen towel yang lembap
Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan samada bulat atau bujur.
Bakar pada suhu 170 dlm 20 – 25 minit

Untuk salutan coklat:

Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boiling. Bila coklat dah cair, celupkan biskut menggunakan penyepit dan masukkan terus dlm papercup dan tabur sedikit almond nib diatasnya.
Buat hingga habis dan biarkan coklat beku, baru dimasukkan dlm container kedap udara.

Korang boleh cuba ya.Resepi ini aku ambil dari blog Adam Faiz.

Check Also

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa'

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’. Pada tarikh 28 Mei 2019, hari ini pada pukul …

2 comments

  1. step mcm senang, mmg nak try tapi tahun ni tak nak buat sebab kakak ipar awal2 dah bgtahu dia nak bagi yg dia buat sendiri hehe
    nway thx phat nnt bila2 zaza boleh cuba 😉

  2. Faveret ni..
    X dpt g london pn xper.
    Jnji dpt almond london.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.