Home » INFORMASI » Resipi Dan Cara Buat Popia Sayur Goreng

Resipi Dan Cara Buat Popia Sayur Goreng

Resipi Dan Cara Buat Popia Sayur Goreng. Satu resipi kuih yang sangat mudah untuk anda semua cuba sendiri membuatnya di rumah. Bahan-bahan pun sangat mudah untuk didapati.

Resipi Dan Cara Buat Popia Sayur Goreng
Resipi Dan Cara Buat Popia Sayur Goreng

Lepas dah pandai buat sendiri nanti tidak perlu lah untuk kita membeli lagi untuk buat juadah minum petang atau juadah berbuka puasa pada bulan Ramadhan.

Jadi untuk membuat Popia Sayur Goreng ini saya tambakan isi ayam. Jom kita lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan :-

Kulit Popia

Untuk inti :-

Isi ayam
Bawang putih 3 ulas
Lobak merah
Kobis (gantikan taugeh)
Garam
Serbuk perasa

Cara membuat :-

Kita tumbuk bawang putih tadi hingga lumat
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bawang putih hingga naik bau dan sedikit masak
Masukan isi ayam dan kacau hingga sedikit masak
Masukan lobak merah dan kacau
Masukan kobis
Masukan sedikit garam
Masukan perasa
Kacau sehingga masak dan angkat (tos kan)

Ambil kulit popia dan letakan inti
Gulung kulit popia
Selesai menggulung anda boleh goreng popia sayiur goreng tadi sehingga masak

Siap

Check Also

Tarikh Pendaftaran IPTA IPTA Semasa PKPB

Tarikh Pendaftaran IPTA IPTA Semasa PKPB

Tarikh Pendaftaran IPTA IPTA Semasa PKPB dan juga kalendar akademik bagi tahun 2020 telah diedarkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.