Home » INFORMASI » Resipi Kek Batik Yang Mudah Dan Sedap

Resipi Kek Batik Yang Mudah Dan Sedap

Resipi Kek Batik Yang Mudah Dan Sedap. Sudah pasti ada dikalangan pembaca di sini yang suka makan kek. Jadi admin ingin kongsikan kepada anda semua salah satu kek yang sangat mudah untuk kita buat sendiri di rumah.

Resipi Kek Batik Yang Mudah Dan Sedap
Resipi Kek Batik Yang Mudah Dan Sedap

Jom kita sama-sama cuba :-

Bahan-Bahan:
1 tin (kecil) susu pekat manis
1 cawan milo
2 sudu serbuk koko
6 biji telur (dipukul hingga kembang)
600 gm biskut marie (hancurkan)
1 tin air (tin susu tadi)
½ cawan nestum (jika suka)
1 buku mentega

Cara:
Masak susu, milo, serbuk koko,mentega, nestum dan air dengan api yang sederhana hingga sebati

Masukkan telur dan kacau dengan cepat untuk elakkan berketul. Masak hingga pekat.

Masukkan biskut marie dan kacau hingga sebati

Angkat dan mampatkan/ tekan adunan dalam bekas yang dialas dengan aluminium foil

Sejukkan dalam peti sejuk dan dipotong

Selamat mencuba

SUMBER

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020. Apakah intipati perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.