Home » INFORMASI » Resipi Rendang Maman Original Negeri Sembilan

Resipi Rendang Maman Original Negeri Sembilan

Resipi Rendang Maman Original Negeri Sembilan. Seperti yang semua tahu bahawa Rendang Maman amat popular di Negeri Sembilan terutama di kawasan Gemencheh. Ia antara makanan tradisi yang mempopularkan Gemencheh khususnya dan Negeri Sembilan amnya.

Resipi Rendang Maman Original Negeri Sembilan
Resipi Rendang Maman Original Negeri Sembilan

Jadi untuk anda mencuba resipi ini dan anda boleh buat di rumah ya.

Bahan-bahan:
1 kg daging/1ekor ayam kampung/itik/10 ekor puyuh/
2 kg sayur maman
2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)
Cili api rm1.50/ikut suka pedas
8/10 keping asam keping
2 buku kunyit hidup/agak2
garam secukup rasa.

Cara memasaknya:

1.Siang daun maman,basuh dan tus terlebih awal supaya daun maman tidak terlalu basah,

2.Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali.

3.Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan ke dalam daging tadi.

4.Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering,baru masukkan santan.(Kalau kelapa parut,perah lah terlebih dahulu,ambil santan pekat-pekat).Kalau bahan daging tadi agak keras masukkan dulu santan cair.Kalau tiada santan cair,masukkan air cili kisar tadi lebih2.

5.Kacau bahan daging & air cili itu supaya rata.Masukkan garam.Kalau puyuh,dagingnya lembut,eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat.

6.Setelah pekat masukkan asam keping.Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat baru masukkan daun maman tadi.

7.Jangan dikacau terlalu kuat,kerana dikhuatiri keluar air pahitnya.Buat perlahan2 supaya daunnya semua layu dan tenggelam.

8.Setelah semuanya layu,barulah dikacau rata-rata dan rasa garamnya.

9.Biarkan ramuan tersebut pekat semula dan terbit minyak,barulah boleh diangkat untuk dihidangkan.

Anggaran hidangan untuk sajian 7 orang makan – SUMBER-

Check Also

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu. Di ketika negara kita sedang dilanda masalah jerebu yang agak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.