Home » Uncategorized » Respons Tony Fernandes Berkaitan Insiden QZ8501 Hilang

Respons Tony Fernandes Berkaitan Insiden QZ8501 Hilang

Respons Tony Fernandes Berkaitan Insiden QZ8501 Hilang

Inilah Respons Tony Fernandes Berkaitan Insiden QZ8501 Hilang apabila ditanya oleh pemberita. Mari kita sama baca apa yang telah diluahkan oleh beliau kepada wartawan. Berita penuh yang admin kongsikan ini adalah milik penuh Utusan Online.

KUALA LUMPUR 28 Dis. – “Inilah mimpi paling ngeri saya. Tetapi tiada ada yang terhenti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitternya, pukul 7.06 minit malam ini.

Kenyataannya itu merujuk insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara (ATC) pukul 6.17 pagi waktu Indonesia ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam tweet yang sama, beliau berkata: “Saya amat tersentuh dengan sokongan ramai terutama daripada syarikat penerbangan lain.”

Tiga minit kemudian, Fernandes menghantar satu lagi tweet, kali ini khusus untuk semua staf AirAsia berbunyi:

“Kepada semua staf AsiaAsia saya, tabahkan hati teruskan melakukan yang terbaik. Berdoalah bersungguh-sungguh. Teruskan melakukan yang terbaik untuk tetamu-tetamu kita. Sampai jumpa lagi.”

Ini diikuti satu lagi tweet beliau juga ditujukan kepada staf AirAsia, dua minit selepas itu:

“Saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (AirAsia) anda akan berada di sana ketika waktu yang sukar ini. Kita akan menempuh keadaan dahsyat ini bersama-sama, dan saya akan cuba menemui seberapa ramai daripada kalian.” – UTUSAN ONLINE

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.