Home » Uncategorized » Restoran A&W PJ Akan Diruntuhkan

Restoran A&W PJ Akan Diruntuhkan

Restoran A&W PJ Akan Diruntuhkan

Restoran makanan segera A&W yang menjadi mercu tanda di Petaling Jaya akan diruntuhkan selepas pemegang francais A&W Malaysia mengumumkan dua menara pejabat akan dibina di tapak bersebelahan stesen Putra LRT Taman Jaya, lapor The Edge Financial Daily.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan KUB Malaysia Bhd Datuk Wan Mohd Nor Wan Ahmad, akhbar itu melaporkan pelan pembinaan kompleks yang akan dikenali sebagai Menara KUB diluluskan ahli lembaga pengarah syarikat.

“Ramai yang berminat dengan tanah itu. Menara itu dibina untuk menambah lagi kepelbagaian pendapatan kami dan membuka nilai potensi kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, mengenai nasib A&W, restoran akan ditutup pada hujung tahun dan akan dibuka semula selepas bangunan baru disiapkan. Pasaran tanah berdepan Amcorp Mall itu kini dianggarkan bernilai RM25 juta.

Wan Mohd berkata, KUB tidak merancang untuk menjual rangkaian A&W memandangkan restoran itu mengaut keuntungan RM1.89 juta tahun lalu.

sumber

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

4 comments

  1. oo kiranya akan dibuka balik sebaik bangunan siap la ye?ok la tu 🙂

  2. salam. oo..dibuka balik..ingatkan ditutup terus..

  3. buat duit betui!!
    bagus jg kalau dia kata akan buka dalam bangunan tu nanti
    jangan nanti diorang tak bukak balik sudah.. dah lah skrg ni A&W dah susah nak dapat.. huhuhu

  4. ooo..igtkan terus kena tutup…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.