Home » BERITA » Rihana Bekas Isteri Sultan Kelantan Tuntut Nafkah

Rihana Bekas Isteri Sultan Kelantan Tuntut Nafkah

Rihana Bekas Isteri Sultan Kelantan Tuntut Nafkah yang agak luar biasa nilainya. Anda bayangkan tuntutan yang dibuat oleh bekas ratu cantik ini adalah menuntut rumah agam, RM 41 Juta Dan Nafkah Anak Berjumlah Lebih RM120,000 Sebulan Daripada Sultan Kelantan.

Rihana Bekas Isteri Sultan Kelantan Tuntut Nafkah
Rihana Bekas Isteri Sultan Kelantan Tuntut Nafkah

Sepertinya tiada pengakhiran kepada kemelut perkahwinan di antara Sultan Muhammad V dan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Voevodina.

Terbaru, wanita berusia 27 tahun itu telah memuat naik satu temu bual eksklusif mengenai hal rumah tangganya menerusi laman Instagramnya.

Berdasarkan sedutan video itu, Rihana menegaskan bahawa dia dan anaknya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra tidak bertemu muka langsung dengan Sultan Muhammad V sejak daripada bulan Disember tahun lepas lagi. Wanita itu juga menyatakan bahawa tiada sekalipun dia menghubungi sudara-mara mahupun kenalan suaminya itu.

Menurut Mail Online, Rihana didakwa telah menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) dan turut meminta nafkah bulanan untuk anaknya berjumlah £24,000 (RM123,694) sebulan.

Dalam entrinya itu, Rihana telah meminta Sultan Muhammad V supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh merosakkan imejnya sebagai seorang pemimpin dan kerabat Diraja.

Semenjak tersebarnya berita penceraian pasangan ini, rakyat rata-ratanya tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kisah ini. Walaupun Rihana sering memuat naik pelbagai kenyataan menerusi laman Instagramnya, Sultan Muhammad V lebih senang mendiamkan diri dan hanya pihak Istana Kelantan yang mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya. -Nara-

Check Also

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik?

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik? Biar betul Rafizi Ramli ni. Habis rakyat perlukan anda untuk tunggu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.