Home » BERITA » Ringkasan Insentif PENJANA Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

Ringkasan Insentif PENJANA Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

Ringkasan Insentif PENJANA Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek. Bagi yang terlepas untuk mendengar perutusan khas YAB Perdana Menteri sebentar tadi ini admin kongsikan ringkasan apa yang disampaikan oleh beliau.

Ringkasan Insentif PENJANA Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek
Ringkasan Insentif PENJANA Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.

Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

Peruntukan akan diguna untuk sesi latihan, subsidi dan bantuan penjualan yang diterajui MDEC bersama platform e-dagang terpilih.

Kerajaan setuju beri pengecualian duti setem kepada PKS bagi aktiviti percantuman dan pemerolehan untuk transaksi 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai.

Bagi perniagaan melibatkan masalah aliran tunai kerajaan beri insentif cukai pelbagai bentuk.

Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah.

Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah.

Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Bagi PKS dan syarikat pertengahan (mid-tier company), kerajaan akan teruskan pemberian geran dan pinjaman kepada syarikat yang layak.

Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan.

Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat.

Bagi mendorong perusahaan mikro dan PKS guna khidmat digital, kerajaan bersama swasta akan biayai usaha tersebut melalui geran padanan sebanyak RM140 juta.

Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS.

Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan.

Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang.

12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja mula bekerja pada Jun 2020, berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pada 17 Mei lepas.

Pakej rangsangan ekonomi kerajaan berjaya selamatkan 2.4 juta pekerjaan.

Pemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan akan beri fokus kepada enam tahap utama bagi merancakkan semula pembangunan ekonomi negara

Terdapat 40 inisiatif di bawah PENJANA bernilai RM35 bilion untuk percepatkan pemulihan ekonomi yang berdaya tahan.

Kerajaan akan laksana program peningkatan kemahiran dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta ICT. -MK-

Maklumat terperinci akan dikemaskini kemudian

Check Also

Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19

Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19

Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19. Alhamdulillah syukur atas rahmat Allah kerana KLUSTER COVID-19 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.