RM 70,000.00 Lesap Dari Akaun Bank
Memang tidak dinafikan bertambah canggih sesuatu teknologi bertambah manusia hidup dalam keadaan yang tidak selamat. Bayangkan jika ianya berlaku kepada kita. Duit simpanan yang kita simpan di dalam akaun bank telah habis dikeluarkan walaupun kita tidak membuat transaksi berikut.
Rujuk berita dari harian metro tentang apa yang terjadi kepada seorang pesara JKR yang kehilangan wang simpanannya.
Permaisuri: Seorang pesara Jabatan Kerja Raya berusia 57 tahun terkejut apabila wang simpanannya berjumlah RM70,000 disedari lesap dalam akaun simpanannya ketika ingin mengeluarkan wang semalam.
Mangsa, Johari Che Ismail berkata, dia yang terkejut apabila tidak dapat mengeluarkan wang RM500 untuk anaknya segera berjumpa pihak bank dan terkejut apabila dimaklumkan sejumlah wang sudah dikeluarkan dan hanya berbaki RM42.
Menurutnya, sebanyak 69 transaksi dipindahkan ke akaun pihak ketiga tanpa pengetahuannya dengan transaksi pertama pada 18 Mac lalu membabitkan RM270 dan terakhir 6 Jun lalu dengan RM200.
Katanya, suspek juga pernah mengeluarkan sehingga RM5,000 dalam beberapa transaksi menerusi perbankan Internet di Kajang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.-Metro-