Home » Uncategorized » Sah Faizal Ismail ( FBI ) Letak Jawatan DJ Hot FM

Sah Faizal Ismail ( FBI ) Letak Jawatan DJ Hot FM

Ramai peminat stesen radio yang dah tau berkenaan perkara ini. Sebab semalam FBI dah pun tweet berkenaan beliau telah pun menghantar notis perletakan jawatan beliau sebagai DJ di HOT FM. Jadi mari kita baca sendiri statement dari Media Prima Berhad.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:-

“Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang.”

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

6 comments

  1. wahhh nanti sape ganti tempat dia abang phat ?

  2. oo ni ke sebabnya.aku ingatkan ada masalah ngan pihak pengurusan

  3. saya kureng la dengar radio ni.. yang sy tau dia ni mesti menang kalau ade award radio.. haha

  4. 'Hijrah' tu yang lebih baik

  5. Assalammualaikum…phat,

    phat faizal FBI dah berhenti siapa nak ganti nie… phat gantilah..

    mselim3

    pls: phat lama x nampak…

  6. bagus keputusan dia tu..sbb sampai bila dia nak makan gaji..dah ada peluang bisnes baik punya..baik blah je..tapi siapa yang akan mengantikan dia ni..bukan calang2 DJ kot yg nka ganti ni,,sbb FBI la HOT fm naik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.