Home » BERITA » Sah Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome

Sah Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome

Sah Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome. Mari kita sama-sama ikuti kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan media yang bertarikh 8 Mei 2019.

Pada 5 April 2019, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik diri penyertaannya ke Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Setelah mengambil kira semua langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan proses penarikan diri tersebut, Kerajaan Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rome kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 29 April 2019, selaku depositori bagi triti tersebut.

Isu penarikan diri Malaysia dari Statut Rome juga telah disentuh semasa sesi penggulungan Dewan Negara yang telah berlangsung pada 30 April 2019 di mana persoalan mengenai perkara ini telah dijawab oleh YB Dato’ Marzuki Yahaya, Timbalan Menteri Luar Negeri.

Pihak PBB akan mengeluarkan nama Malaysia dari senarai Negara-Negara Pihak Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa setelah pihak PBB melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia dari Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Sah Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome
Sah Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome

Sumber : WISMA PUTRA

Check Also

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah. Mari seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyaksikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *