Home » BERITA » Sah Mayat Nora Anne Quoirin Ditemui

Sah Mayat Nora Anne Quoirin Ditemui

Sah Mayat Nora Anne Quoirin Ditemui. Berdasarkan proses pengecaman anggota keluarga di HTJ mengesahkan mayat wanita yang ditemui di kawasan hutan di Pantai, Seremban adalah Nora Anne Quoirin yang hilang sejak 4 Ogos 2019 yang lalu kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop.

Sah Mayat Nora Anne Quoirin Ditemui
Sah Mayat Nora Anne Quoirin Ditemui

Untuk makluman mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 1.57 tengah hari sekitar 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarga remaja berkenaan.

Mayat tersebut ditemui dalam keadaan tidak berpakaian itu ditemui berhampiran kawasan anak sungai, dalam lingkungan radius pencarian Nora Anne.

Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada kes itu mempunyai unsur jenayah sehingga proses bedah siasat selesai yang dijangka dilakukan esok di Hospital Tunku Jaafar (HTJ), Seremban.

Buat masa ini kita tidak dapat pastikan tarikh kematian dan kena tunggu hasil bedah siasat untuk maklumat lanjut.

“Mayat itu tidak berpakaian. Kita jumpa berhampiran anak sungai di kawasan berlurah dianggarkan sejauh 2.5 kilometer (km) dari resort penginapan (Nora Anne dan keluarga).

“Kawasan itu juga termasuk dalam lingkungan radius operasi SAR, namun sebelum ini anggota (SAR) tidak menemui apa-apa di situ,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai, di sini, hari ini.

Mayat itu ditemui oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Mayat sudah dihantar ke HTJ menggunakan helikopter.

Sebelum ini Nora Anne yang mengalami masalah lembam dilaporkan hilang dari bilik penginapannya di resort itu di Pantai, di sini sejak 4 Ogos lalu. -BH Online-

Check Also

Hanya Dua Kedai Mamak di Pahang Ada Sijil Halal

Hanya Dua Kedai Mamak di Pahang Ada Sijil Halal

Hanya Dua Kedai Mamak di Pahang Ada Sijil Halal. Agak mengejutkan berita yang anda baca …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.