Home » BERITA » Sah Pemandu Grab Disamun Dibunuh Di Sabah

Sah Pemandu Grab Disamun Dibunuh Di Sabah

Sah Pemandu Grab Disamun Dibunuh Di Sabah. Seorang pemandu Grab dilaporkan hilang Jumaat lalu, dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.

Sah Pemandu Grab Disamun Dibunuh Di Sabah
Sah Pemandu Grab Disamun Dibunuh Di Sabah

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammmah berkata, hasil siasatan polis dan kerjasama daripada Grab, polis berjaya mengesan dua penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Grab dipandu mangsa.

“Bertindak atas maklumat itu, polis berjaya mengesan dan menahan dua lelaki di kawasan parkir 1 Borneo, di Kota Kinabalu, 9.50 malam tadi.

“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya di kawasan semak di Kampung Shahbandar, Tuaran,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.

Omar berkata, siasatan mendapati mangsa membawa kedua-dua suspek kira-kira 4 pagi, Jumaat lalu, dari Kingfisher ke Tuaran.

“Siasatan juga didapati sejumlah wang milik mangsa hilang, manakala barang lain masih dalam siasatan.

“Kedua-dua suspek berusia 20 tahun dan salah seorang adalah warga asing. Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, polis akan memohon reman hari ini ke atas kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut.

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula membengkak dan kita percaya kejadian berlaku pada 24 Mei lalu.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sementara itu, Omar berkata, pihaknya masih menjalankan pengecaman ke atas mayat mangsa bagi memastikan mangsa itu adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

“Ahli keluarga pemandu Grab sudah dipanggil untuk pengecaman tetapi mereka gagal membuat pengecaman bahawa itu adalah pemandu Grab kerana keadaan mangsa yang mulai reput.

“Oleh itu, kita akan menggunakan kaedah lain dengan menggunakan cap jari dan DNA untuk mengenal pasti mayat itu adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang.

“Bagaimanapun berdasarkan pengakuan, kedua-dua suspek melakukan samun ke atas pemandu Grab sebelum membunuh mangsa,” katanya.

Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab iaitu Mohd Hanafiee Jaafar, 27, dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu.

Pada jam 12.30 tengah malam, Ahad lalu, kereta dipercayai milik Mohd Hanafiee ditemui di kawasan tapak bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar, dan pemeriksaan mendapati ada kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.

Malam tadi, beberapa status dimuat naik di Facebook dan Twitter dipercayai ahli keluarga Mohd Hanafiee memaklumkan mayat yang ditemui di Kampung Shahbandar, adalah mangsa. -Metro Online-

Check Also

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019. Iindeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.