Home » BERITA » Sah!!! Top Up Kena GST 6%

Sah!!! Top Up Kena GST 6%

Sah!!! Top Up Kena GST 6%
Sah!!! Top Up Kena GST 6%

Sah!!! Top Up Kena GST 6%

Untuk semua pengguna talian telfon mudah alih prabayar. Sah!!! Top Up Kena GST 6%. Berita ini telah pun dikeluarkan oleh semua akhbar tempatan. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab juga sudah memberikan kenyataan untuk semua rakyat Malaysia.

Menurut laporan berita malam tadi, Semua syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar tetapi bersetuju menambah masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi enam peratus.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Kewangan bersama syarikat telko hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu berkuatkuasa serta-merta untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini dan selepas tamat tempoh tersebut semua pihak yang terlibat akan mencari satu jalan penyelesaian jangka masa panjang.

“Sekarang semua kad prabayar akan dikenakan cukai enam peratus. Tetapi syarikat Telko bersetuju memberi nilai masa berbual dan SMS lebih daripada enam peratus atau 60 sen iaitu sehingga pada kadar RM1,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sumber : Paneh Miang

Check Also

Peniaga Burger Dikompaun RM50,000.00

Peniaga Burger Dikompaun RM50,000.00

Peniaga Burger Dikompaun RM50,000.00 kerana berniaga lebih masa dalam tempoh PKP. Seorang peniaga burger meluahkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.