Home » HIBURAN » Sangka Sunbear Adalah Anjing Zarith Sofia Dikecam

Sangka Sunbear Adalah Anjing Zarith Sofia Dikecam

Sangka Sunbear Adalah Anjing Zarith Sofia Dikecam. Susulan kontroversi memiliki beruang matahari atau sunbear secara haram, penyanyi Zarith Sofia Yasin teruk dikecam warganet kerana dikatakan tidak boleh membezakan antara haiwan terancam itu dengan anjing.

Sangka Sunbear Adalah Anjing Zarith Sofia Dikecam
Sangka Sunbear Adalah Anjing Zarith Sofia Dikecam

Ia susulan kenyataan bekas peserta program realiti Rockanova itu bahawa dia pada mulanya menyangka haiwan tersebut ialah seekor anjing.

Zarith menerima kecaman bertalu-talu daripada pengguna Instagram di ruangan komen hantarannya yang memaparkan permohonan maaf terbukanya berkenaan perkara itu.

“Aku rasa dia ni bukan bodoh tak reti beza anjing dengan beruang, itu cuma alasan bodoh nak lepaskan diri daripada tindakan undang-undang,” kata pengguna akaun @kamaldeli93.

“Mak tak bagi sekolah ke dulu? Bodohnya tu bukan pekat, dah kekal bodohnya. Masuk la sekolah balik dik belajar beza anjing dengan beruang, malu kalau ada anak buah,” kata pengguna akaun @Nzhqfa.

Tidak kurang juga yang menyindir isu terbabit untuk membantu menaikkan popularitinya sebagai penyanyi yang sebelum ini kurang dikenali.

Dalam hantaran tersebut, Zarith berkata dia tidak berniat untuk menyakiti haiwan yang dinamakannya sebagai Bruno itu.

“Tidak terdetik di hati untuk menyakiti, niat di hati nak melindungi…Ini juga takdir Ilahi, kerana saya insan sedar diri dan juga dengan rendah diri saya pohon sepuluh jari maaf kan lah kekhilafan saya ini,” katanya.

Dia turut berkata telah menjaga haiwan tersebut “ibarat menjaga bayi”.

Menurut Bernama semalam, Zarith ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya selepas menerima maklumat orang awam berkenaan perkara itu.

Zarith disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Bagaimanapun Zarith berkata dia tiada niat membela, sebaliknya hanya menyelamatkan haiwan itu yang disangkanya seekor anjing selepas menemuinya dalam keadaan lemah di kawasan Bukit Ampang, Jalan Hulu Langat, bulan lalu.

“Jalan ketika itu gelap jadi saya sangkakan seekor anjing, tak sangka binatang itu adalah anak beruang matahari…Saya jumpa anak beruang itu di tepi jalan dalam keadaan lemah pada waktu malam,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Katanya, dia kemudian memutuskan untuk menjaganya di rumah sebelum menghantarnya kepada pihak zoo selepas keadaan haiwan itu pulih.

Dalam laporan itu, dia turut menafikan ditahan Perhilitan tetapi tidak mengulas lanjut kerana jabatan itu memintanya agar tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan isu itu. -Malaysia Kini-

Check Also

Adik Lelaki Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Adik Lelaki Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Adik Lelaki Afdlin Shauki Meninggal Dunia Akibat Kemalangan. Salam takziah buat Dato’ Afdlin Shauki dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.