Home » INFORMASI » Sebab-Sebab Mengapa Israel Sangat Takut Pada Briged Al Qassam

Sebab-Sebab Mengapa Israel Sangat Takut Pada Briged Al Qassam

Sebab-Sebab Mengapa Israel Sangat Takut Pada Briged Al Qassam. Ini rahsia kekuatan Briged Al Qassam yang mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu. Mari kita sama-sama doakan semua rakyat Palestin diberi kekuatan untuk hadapi dugaan ini.

Sebab-Sebab Mengapa Israel Sangat Takut Pada Briged Al Qassam
Sebab-Sebab Mengapa Israel Sangat Takut Pada Briged Al Qassam

1. Keberanian komando Al Qassam dalam strategi peperangan pelbagai
Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

2. Penubuhan skuad Amfibia Al Qassam
Buat pertama kali dalam sejarah, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.

3. Roket R-160 yang mampu sasar jauh
Roket ini mampu menjangkau sehingga 160km dan berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.

4.  Senjata penembak tepat ‘GHOUL’ buatan sendiri
Sniper yang diberi nama Ghoul mampu mencapai jarak sejauh 2km sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh 1km sahaja, Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.

5. Roket anti Iron Drome
Ini sangat memeningkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika.Sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem penangkas roket terbaik dunia tewas di tangan Biged Al Qassam.Ini memalukan Israel dan Amerika sehingga memaksa Amerika mengeluarkan jutaan dollar untuk menyediakan teknologi baru iron Drome.

6. Pelancaran pesawat tanpa pemandu
Sekali lagi Israel dimalukan setelah Ababil, nama pesawat tanpa meandu pertama Briged Al Qassam membuat tinjauan udara di tanah haram israel.

-SUMBER-

Check Also

myPortfolio PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM

myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM

myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM PENGENALAN Tujuan Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.