Sebalik Gambar Budak Dan Kerbau Yang Viral. Seperti yang semua ketahui telah viral di media-media sosial tentang kejayaan Foto pelajar SMK Padang Midin Kuala Terengganu menangi 20 gambar terbaik dunia dan juara peringkat Asia. Perkara ini turut mendapat pujian daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
Tahniah & Syabas anakanda pelajar SMK Pdg. Midin, K. Terengganu. Rasa kagum dan terpana ketika melihat gambar-gambar manusia dengan haiwan lebih-lebih lagi remaja dengan puluhan kerbau yang begitu akrab dan intim.
Perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani.
Sesungguhnya gambar yang bersifat kampungan dan ‘alami mengingatkan usul asal orang kampung dan desa bersamanya sawah bendang, lembu kerbau dan pohon kayu yang menghijau melatari fitrah kemanusiaan bagi masyarakat kampung Melayu.
Rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat.
Sesungguhnya kehidupan dinilai dengan perasaan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagai tanda kebesaran ayat Tuhan dalam membina keluarga seperti yang termaktub dalam surah Ar-Rum ayat 21.
Tahniah sekali lagi kerana gambar yang membawa kepada kemenangan. Saya ucapkan Syabas & Tahniah!
Di sebalik gambar yang menang ini kita lihat sedikit gambar belakang tabir daripada gambar-gambar yang dihasilkan tersebut. Ianya perkongsian daripada facebook Mohammad Fathullah Mamat .
Untuk mengikuti pelajar tersebut sila ke : Syukor Khamis