Home » BERITA » Sekat Perbaharui Lesen Memandu Peminjam PTPTN

Sekat Perbaharui Lesen Memandu Peminjam PTPTN

Sekat Perbaharui Lesen Memandu Peminjam PTPTN antara cadangan yang diterima sebagai salah satu cara untuk menyuruh peminjam PTPTN yang masih tidak melaksanakan bayaran balik pinjaman mereka. Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap peminjam yang tidak membayar balik pinjaman bagi tempoh lama antara 10 idea yang diperoleh untuk dipertimbangkan bagi pelaksanaan mekanisme skim bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sekat Perbaharui Lesen Memandu Peminjam PTPTN
Sekat Perbaharui Lesen Memandu Peminjam PTPTN

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) Mastura Mohd Khalid berkata, idea itu diperoleh hasil perbincangan meja bulat dengan pebagai pihak berkepentingan termasuk ahli kewangan, anggota Parlimen dan mahasiswa dari Januari hingga Mac lalu.

Terdapat enam langkah penguatkuasaan yang dicadangkan antaranya sekatan untuk pembaharuan pasport, lesen memandu dan cukai jalan.

“Cadangan ini merangkumi empat bidang yang secara kolektif akan memastikan kesinambungan pembiayaan pendidikan tinggi di Malaysia. Ini bukanlah cadangan PTPTN tetapi merupakan koleksi pandangan yang diperoleh daripada sesi meja bulat yang telah diadakan,” katanya pada sesi taklimat Konsultasi Rakyat Bersama Media di Kuala Lumpur, hari ini.

Kaji selidik menerusi proses Konsultasi Rakyat dibuka bermula 1 tengah hari ini sehingga 13 Jun secara dalam talian kepada orang awam menerusi laman www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat bagi mendapatkan maklumat balas terhadap mekanisme skim baharu itu.

Antara 10 idea lain yang dikemukakan hasil meja bulat Konsultasi Rakyat adalah penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan RM2,000 dan RM4,000 ke bawah, menggantikan sistem bayaran balik sedia ada kepada skim bayaran balik berasaskan pendapatan untuk peminjam baharu (IBR), potongan gaji mandatori serta secara beransur-ansur menamatkan pinjaman kepada institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan kursus yang berprestasi rendah.

Sementara itu, Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata, laporan hasil daripada proses kajian secara online itu dijangka dapat dihasilkan pada penghujung Jun ini.

Sehingga kini PTPTN mempunyai hutang berjumlah RM40 bilion dan antara entiti terbesar yang dijamin kerajaan, katanya.

Jumlah peminjam PTPTN sejak 1997 adalah seramai tiga juta penuntut dan jumlah pinjaman penuntut yang dibelanjakan oleh PTPTN sehingga Februari tahun ini adalah RM56 bilion. -Metro-

Check Also

Pemandu Vios Tular Di JB Ditahan Polis

Pemandu Vios Tular Di JB Ditahan Polis

Pemandu Vios Tular Di JB Ditahan Polis. Polis telah menahan seorang pemandu kereta jenis Toyota …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.