Home » BERITA » Sekumpulan Lelaki Warga China Serang Polis

Sekumpulan Lelaki Warga China Serang Polis

Sekumpulan Lelaki Warga China Serang Polis di Kuala Lumpur menjadi bualan hangat netizen setelah kejadian ini berlaku dua hari lepas. Dalam kejadian malam 11 November 2107 tersebut Polis terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi mempertahankan diri apabila diserang sekumpulan lelaki warga China ketika membuat pemeriksaan di Jalan Abraham Off Jalan Khoo Teik Ee.

Sekumpulan Lelaki Warga China Serang Polis
Sekumpulan Lelaki Warga China Serang Polis

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, tujuh anggota pasukan rondaan cegah jenayah membuat pemeriksaan setelah menerima maklumat mengenai pekerja kontrak bermain judi di halaman rumah sebelum diserang kira-kira 30 lelaki. “Keadaan tidak terkawal dan anggota dari Balai Tun H.S. Lee itu telah melepaskan empat das tembakan amaran untuk mempertahankan diri namun tiada kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, empat pasukan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) digerakkan ke lokasi kejadian untuk bantuan sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu. Beliau berkata, kumpulan lelaki China itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk didokumentasi setelah mendapati keadaan terkawal apabila beliau tiba di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati beberapa buah rumah di kawasan berkenaan dijadikan sebagai rumah kongsi untuk pekerja warga China.
“Terdapat 200 pekerja warga China yang dipercayai tinggal di sekitar kawasan tersebut,” katanya. Laporan BERNAMA ini dipetik dari Facebook PDRM.  

Menurut Utusan pula pihak PDRM tidak akan berkompromi tentang kejadian yang berlaku ini.

Kuala Lumpur, 13 November 2017 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan pekerja warga asing yang cuba mencabar kewibawaan anggotanya ketika menjalankan tugas mencegah jenayah. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya memandang serius kejadian anggotanya yang diserang kira-kira 30 pekerja kontrak warga China pada malam Sabtu lalu.

“Kita pandang serius perkara ini. Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba halang tugas kita banteras jenayah. Setakat ini, lapan suspek telah direman untuk siasatan termasuk dua wanita, semua warga China,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. Menurutnya, polis akan mengambil langkah proaktif untuk terus memantau pekerja asing di Kuala Lumpur untuk mengekang pembabitan mereka dalam aktiviti jenayah seperti judi dan jenayah kekerasan.

Dalam kejadian 10.30 malam Sabtu lalu, sepasukan anggota unit kereta peronda yang sedang melakukan pemeriksaan berhubung kegiatan perjudian di hadapan kediaman pekerja kontrak di Jalan Imbi telah diserang kira-kira 20 hingga 30 pekerja warga China. Menyedari ancaman itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan. Dalam pada itu, Mazlan berkata, persiapan PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) merupakan antara lapan perkara utama yang ditekankan kepada anggota IPK KL.

“Kita telah nempersiapkan anggota kita untuk menghadapi PRU14 dan ketika ini semua anggota diarah untuk tidak mengambil cuti kecuali melibatkan kes kecemasan seperti kematian anggota keluarga terdekat,” katanya. Selain itu, katanya, polis juga akan menekankan perkara berkaitan membanteras kes ragut, gengsterisme, ancaman pengganas, dadah, judi haram, Macau-Scam dan samseng jalanan.

“PDRM juga akan bekerjasama lebih rapat dengan beberapa agensi penguat kuasa lain dalam beberapa operasi mencegah jenayah,” katanya.
Sumber : Utusan Malaysia

Check Also

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik?

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik? Biar betul Rafizi Ramli ni. Habis rakyat perlukan anda untuk tunggu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.