Home » Uncategorized » Selamat Pengantin Baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Selamat Pengantin Baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Dengan sekali lafaz, Rozita Che Wan atau Che Ta telah selamat menjadi isteri yang sah kepada Zain Saidin. Majlis akad nikah telah diadakan di Gazebo Setia City Convention Centre kira-kira jam 9.10 malam tadi. Tarikh ijab kabul juga agak menarik kan 11 12 13.

Pelakon itu menerima sembilan peti hantaran termasuklah wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000.

Peti hantaran yang dibawa turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.

Pada majlis tersebut, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin yang memakai baju Melayu warna krim masuk ke dewan lebih awal dan diikuti oleh Rozita kira-kira pukul 8.30 malam.

Tahniah sekali lagi dan selamat pengantin baru kepada mereka semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

One comment

  1. Alhamdullilah…selamat sudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.