Home » INFORMASI » Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’. Pada tarikh 28 Mei 2019, hari ini pada pukul 5.16 petang akan berlaku peristiwa terbesar buat umat Islam seluruh dunia yang dinamakan sebagai peristiwa Istiwa’ al- A’dzam atau dalam bahasa mudah orang Malaysia ialah Istiwa’ Utama.

Mungkin ramai anak muda kurang faham apa yang berlaku dan dimaksudkan dengan nama ini kan? Ini adalah peristiwa di mana matahari berada tegak di atas kaabah. Waktu inilah semua pihak bertanggungjawab dan anda sendiri boleh semak arah kiblat. Samaada wujud perubahan sikit atau tidak.

Ini penjelasan daripada Mufti Selangor.

Fenomena ini berlaku di mana matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa’. Peristiwa ini akan berlaku dua kali setahu aapbila nilai sudut istiwa’ matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah terletak.

Apabila istiwa’ utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah.

Panduan Dan Langkah Membuat Semakan Arah Kiblat

  1. Pastikan jam anda mengikut waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu anda boleh memeriksanya dengan SIRIM atau hubungi 1051 dan boleh jugamerujuk pada waktu yang terpapar di televisyen dan radio.
  2. Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang dan pen.
  3. Pacakkan objek tersebut secara menegak di atas permukaan rata.
  4. Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  5. Pastikan juga kedudukan tempat anda pacakkan objek lurus tidak terlindung dari sinar matahari
  6. Tunggu sehingga 5.16 petang pada 28 Mei 2019 atau 5.28 petang pada 16 Julai.
  7. Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dariobjek lurus yang dipacakkan tersebut.
  8. Unjurkan garisan bayang tersebut ke objek dan tandakan arah kiblat.

Peranan Dan Tanggungjawab

Setiap orang digalakkan untuk melakukan semakan tepat arah kiblat di tempat kediaman dan ibadat masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat. -SUMBER-

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa'
Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’

Rujukan : FB Jabatan Mufti Negeri Selangor

Check Also

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu. Di ketika negara kita sedang dilanda masalah jerebu yang agak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.