Home » Uncategorized » Semakan Calon Berjaya Ke Matrikulasi 2014 Secara Online

Semakan Calon Berjaya Ke Matrikulasi 2014 Secara Online

KUALA LUMPUR 23 April – Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya Program Matrikulasi KPM mulai esok.

Pengumuman keputusan berkenaan adalah bagi pelajar SPM 2013 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2013.

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang KPM di www.moe.gov.my

Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015, para calon dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Matrikulasi, KPM di talian 03-88844036 / 4040 / 4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. – UTUSAN ONLINE

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.