Semakan GKP 2020 Geran Khas Prihatin. Semakan secara online untuk Geran Khas Prihatin (GKP) 2020 boleh dibuat bermula 3 Jun 2020. Oleh yang demikian kepada semua pemohon yang telah memohon anda boleh menyemak status permohonan anda di pautan di bawah ini.
>> SEMAKAN ONLINE GKP 2020 <<
Untuk membuat semakan status, masukkan no kad pengenalan serta kata laluan yang anda gunakan ketika membuat permohonan dahulu.
Semoga semua pemohon yang berkelayakan dalam permohonan Geran Khas Prihatin ini diluluskan permohonan anda.
Syarat Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)
Syarat kelayakan GKP adalah;
Warganegara Malaysia.
Perolehan tahunan haruslah kurang daripada RM300,000.
Pekerja kurang daripada 5 orang (pekerja tidak termasuk pemilik)
Syarikat haruslah berdaftar dengan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) sebelum 31 Disember 2019.Mempunyai data cukai.
Sehingga kini, perniagaan masih aktif.
Semakan silang daripada kementerian lain akan dilakukan untuk melihat kelayakan.
Berapakah jumlah pembayaran?
RM3000 secara one-off.
Bilakah tarikh keputusan GKP akan diketahui?
Anda boleh menyemak keputusan GKP pada 3 Jun 2020.
Bilakah pula pembayaran akan dikreditkan?
Pembayaran kepada pemohon yang lulus dijangka dibuat pada bulan Jun 2020.
Bilakah tarikh akhir permohonan ?
Buat permohonan sebelum 15 Mei 2020.
Siapakah yang layak memohon?
Lihat syarat kelayakan yang kami nyatakan di atas.
Apakah syarat utama untuk membuat permohonan Geran Khas Prihatin?
Pemohon mestilah mempunyai SSM yang mempunyai fail cukai LHDN.