Home » BERITA » Semua Fasiliti MOTAC Ditutup Sementara

Semua Fasiliti MOTAC Ditutup Sementara

Semua Fasiliti MOTAC Ditutup Sementara sehingga 30 April 2020. Berikut merupakan siaran media daripada Kementerian Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Malaysia bertarikh 16 Mac 2020.

Semua Fasiliti MOTAC Ditutup Sementara
Semua Fasiliti MOTAC Ditutup Sementara

SEMUA FASILITI AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN PELANCONGAN, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN (MOTAC) DITUTUP SEMENTARA SEHINGGA 30 APRIL 2020

Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC) mengarahkan semua fasiliti awam di Jabatan dan Agensi DITUTUP SEMENTARA berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April 2020. Tindakan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan menyekat penularan wabak COVID-19.

Semua Ketua Jabatan dan Agensi telah diarahkan untuk menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan terbabit. Fasiliti kendalian Jabatan dan Agensi di bawah MoTAC adalah seperti berikut dengan perincian seperti di Lampiran A.

i. Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
ii. Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)
iii. Jabatan Warisan Negara (JWN)
iv. Arkib Negara Malaysia (ANM)
v. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (KRAFTANGAN MALAYSIA)
vi. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
vii. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
viii. Istana Budaya; dan
ix. Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC)

**(Senarai fasiliti / premis lebih lengkap seperti di laman web MoTAC www.motac.gov.my)

Selari dengan usaha yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) MoTAC menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyekat penularan wabak ini.

‘MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI’

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri
Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
16 Mac 2020

Check Also

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja. Rata-rata netizen sepakat mempertahankan tindakan Polis yang menyebat remaja …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.