Home » BERITA » Semua Penumpang Bas Plusliner VDJ 2367 Dicari

Semua Penumpang Bas Plusliner VDJ 2367 Dicari

Semua Penumpang Bas Plusliner VDJ 2367 Dicari kerana Covid-19. Pejabat Kesihatan Kuantan mengesahkan seorang penumpang bas dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif Covid-19.

Semua Penumpang Bas Plusliner VDJ 2367 Dicari
Semua Penumpang Bas Plusliner VDJ 2367 Dicari

Difahamkan, penumpang itu menjalani ujian saringan Covid-19 di Johor Bahru, tetapi tidak mengkuarantinkan dirinya.

Keputusan itu kemudiannya didapati positif Covid-19, tetapi lelaki terbabit sudah menaiki bas ke Kuantan.

Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, pesakit terbabit menaiki bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu, sebelum perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan semalam.

Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Kuantan menggesa semua penumpang bas berkenaan menghubungi bilik operasinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Puluhan ribu orang balik ke kampung awal minggu ini walaupun pihak berkuasa merayu rakyat tidak keluar rumah ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat. -FMT-

Check Also

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan rentas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.