Home » HIBURAN » Senarai 12 Peserta Big Stage Musim Ke 2

Senarai 12 Peserta Big Stage Musim Ke 2

Senarai 12 Peserta Big Stage Musim Ke 2. Tahun 2018 program realiti Big Stage musim pertama memang mendapat sambutan. Rancangan realiti yang memperkenalkan bakat-bakat muda atau BBNU (budak baru nak up) ini memperkenalkan penyanyi yang viral di media sosial.

Senarai 12 Peserta Big Stage Musim Ke 2
Senarai 12 Peserta Big Stage Musim Ke 2

Program realiti nyanyian Big Stage musim kedua yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Ria HD.Program Big Stage yang akan berlangsung selama lapan minggu itu menampilkan penyanyi baharu dan muda terdiri daripada enam bintang lelaki dan enam bintang perempuan.

Peserta lelaki terdiri daripada empat orang penyanyi tempatan, Santesh, Irfan Haris, Adzrin dan Kucaimars, seorang peserta Brunei, Aziz Harun dan seorang penyanyi dari Korea, Han Byul.

Manakala perserta perempuan terdiri daripada empat gadis tempatan, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani, Syada Amzah dan Fieya Julia, seorang peserta dari Thailand iaitu Chaleeda dan penyanyi muda dari Indonesia, Dinda Permata.

Alif Satar dan Sherry Alhadad sekali lagi bakal menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage.

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann akan menjadi hos Big Stage Live Plus yang akan disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Seorang lagi personaliti radio ERA, Hani Fadzil bakal menjadi hos untuk Studio Big Stage dan Kompilasi Studio Big Stage.

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggalas tugas sebagai juri tetap bersama dua bintang popular Indonesia, Judika dan Chakra Khan yang akan bergilir-gilir duduk ke kerusi juri pada setiap minggu. -GEMPAK-

Check Also

Biodata Ben Amir Pelakon Drama Pujaan Ramai

Biodata Ben Amir Pelakon Drama Pujaan Ramai

Biodata Ben Amir Pelakon Drama Pujaan Ramai. Nama Ben Amir tiba-tiba menjadi sebutan setelah drama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.