Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia - Berita Viral Terkini
Home » PERNIAGAAN » Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia. Berikut adalah harga baru bagi semua model kereta Honda Malaysia berkuatkuasa 15 Jun 2020 sehingga 31 Jun 2020.

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia
Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia

Berikutan pengecualian cukai jualan seperti diumumkan kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Honda Malaysia mengumumkan harga baharu itu selaras dengan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import sepenuhnya.

Menerusi pelarasan harga baharu, model CKD iaitu Jazz, BR-V, City, HR-V, Civic, CR-V dan Accord turun antara RM2,788.46 hingga RM8,545.63.

Sementara, model CBU iaitu Odyssey turun sebanyak RM9,502.47.

“Harga baharu ini berkuatkuasa mulai hari ini hingga 31 Disember 2020,” katanya.

Selain harga baharu, pelanggan juga akan menikmati promosi istimewa menerusi kempen “Kita Bersama Deals”.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata syarikat itu menghargai sokongan kerajaan terhadap sektor automotif dan usaha memperkenalkan inisiatif berkenaan.

“Dengan ini, kami menawarkan penjimatan dari pengecualian cukai kepada pelanggan kami. Honda Malaysia berharap pengurangan harga ini akan membolehkan pelanggan membeli model Honda.

“Kami yakin PENJANA akan akan membantu menghidupkan kembali industri dan menghasilkan kesan domino untuk ekonomi secara umum.

“Honda Malaysia akan terus berusaha sedaya upaya untuk menyokong rancangan kerajaan untuk membantu pemulihan ekonomi negara kesan daripada COVID-19,” katanya. -BH Online-

Honda Price Malaysia
Honda Price East Malaysia

Maklumat lanjut sila layari << Honda Malaysia >>

Check Also

Senarai Harga Baru Kereta Perodua  

Senarai Harga Baru Kereta Perodua

Senarai Harga Baru Kereta Perodua. PERODUA menyokong penuh langkah kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.