Home » PERNIAGAAN » Senarai Harga Baru Kereta Perodua

Senarai Harga Baru Kereta Perodua

Senarai Harga Baru Kereta Perodua. PERODUA menyokong penuh langkah kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi pembelian kenderaan CKD sehingga akhir tahun ini dalam usaha memulih dan menaikkan ekonomi domestik.

Senarai Harga Baru Kereta Perodua
Senarai Harga Baru Kereta Perodua

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjadi syarikat automotif pertama menurunkan harga semua model keluarannya antara tiga hingga enam peratus berkuatkuasa hari ini.

Peneraju pasaran automotif tempatan dalam satu kenyataan berkata, pengurangan harga itu bagaimanapun dipecahkan dua slot iaitu bermula hari ini hingga 14 Jun membabitkan pemberian rebat tunai untuk mengurangkan harga sebelum harga rendah berkenaan dikekalkan sepanjang tempoh pengurangan cukai.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata senarai harga baharu semua modelnya selaras dengan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) bermula 15 Jun hingga 31 Disember dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Walaupun tempoh pengurangan cukai bermula 15 Jun 2020, PERODUA akan memberikan rebat tunai antara tiga hingga enam peratus bagi pembelian kenderaan kami bermula hari ini.

“Kami ingin mahu orang ramai mengambil kesempatan ini untuk memiliki kenderaan Perodua tanpa berasa ketinggalan. Sila kunjungi mana-mana pusat jualan Perodua dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui jumlah rebat tunai yang ditawarkan serta senarai harga penuh yang akan berkuatkuasa 15 Jun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Barisan model semasa Perodua merangkumi Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza. Berikut adalah senarai harga terbaru kenderaan milik Perodua. -BH-

Check Also

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia. Berikut adalah harga baru bagi semua model kereta …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.