Senarai Pemain Negeri Sembilan 2018. Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah pun mengadakan sesi pengenalan semua Senarai Pemain Negeri Sembilan 2018 termasuk senarai pemain yang akan bermain dalam pasukan Piala Presiden 2018. Sesi pengenalan yang diadakan secara tertutup di Klana Resort Seremban telah diperkenalkan sendiri oleh Presiden PBNS Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam majlis tersebut Datuk Seri Mohamad Hasan atau popular dengan panggilan Tok Mat telah menyatakan bahawa sasaran pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Super pada tahun 2018 ini adalah menjulang salah satu piala yang dipertandingkan dan mencapai kedudukan 5 pasukan terbaik dalam Liga Super 2018.
Dalam sesi pengenalan ini, PBNS telah mengumumkan bahawa Negeri Sembilan akan diperkuatkan dengan 5 pemain import, beberapa pemain tempatan yang menyertai Negeri Sembilan dari pasukan, pemain-pemain sedia ada sebelum ini dan juga beberapa pemain Piala Presiden tahun lepas yang dinaikkan menjadi pemain pasukan Liga Super Negeri Sembilan 2018. Senarai penaja pasukan Negeri Sembilan adalah Matrix Concept Sdn.Bhd, Negeri Roadstones sdn. Bhd, Hospital Pakar SALAMdan Al-Ikhsan Sdn. Bhd.
Senarai Pemain Negeri Sembilan 2018 adalah seperti berikut :-

Penjaga Gol
1. Saiful Amar Sudar
2. Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman
3. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

Pertahanan
1. Madhu Mohana – Singapura
2. Renars Rode – Latvia
3. Mohd Nasriq Baharom
4. Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid
5. Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa
6. Mohd Fauzan Mohd Fauzi
7. Mohd Radzuan Abdullah
8. Kalaiharasan Letchumanan
9. Mohd Aizul Ridzwan Razali

Tengah
1. Kim Do-Heon – Korea Selatan ( Kapten )
2. Flavio Beck Junior – Brazil
3. N. Thanabalan
4. Khairul Anwar Shahrudin
5. R. Aroon Kumar
6. Mohd Faizal Abu Bakar
7. Muhamad Asraf Roslan
8. Mohammad Aiman Mohamad Khalidi
9. Mohd Fakhrul Aiman Sidid
10.Mohd Fauzan Dzulkifli
11.Muhammad Syahid Zaidon
12.Muhammad Izuan Salahuddin

Penyerang
1. Nicolas Leandro Velez – Argentina
2. Mohd Khairul Izuan Rosli
3. Mohd Fauzi Abdul Latif
