Home » BERITA » Senarai Penuh Bantuan PEMULIH

Senarai Penuh Bantuan PEMULIH

Senarai Penuh Bantuan PEMULIH. Baru sahaj sebentar tadi YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusan berkaitan dengan bantuan kepada semua rakyat disebabkan PKP 3.0. Bantuan kepada rakyat ini diberi nama PEMULIH.

Senarai Penuh Bantuan PEMULIH
Senarai Penuh Bantuan PEMULIH

Jadi senarai penuh bantuan PEMULIH adalah seperti berikut :-

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion, bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam berdepan penularan wabak COVID-19.

Perdana Menteri ketika membentangkan PEMULIH berkata, pakej itu merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

PEMULIH menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Walaupun dalam ruang fiskal yang amat terhad, Muhyiddin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus komited dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.

Beliau turut memaklumkan tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan. -BH Online-

Check Also

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew. Ibarat kata pepatah buang yang keruh ambil yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.