Home » Uncategorized » Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu

Berita Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu baru sahaja dibuat oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Melalui laporan media arus perdana sesi persekolahan ini ditangguh oleh sebab bencana banjir yang melanda kebanyakan negeri di negara kita.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Umum sedia tahu sesi persekolahan akan bermula 5 Januari 2015 telah ditangguhkan kepada tarikh berikut :-
  • Tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad)
  • Negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin)

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.

Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Jadi mari sama-sama kita berdoa semoga semua mangsa banjir diberi kekuatan dan tabah menghadapi banjir pada kali ini. Semoga penangguhan ini akan membolehkan para ibu bapa membuat persediaan yang secukupnya terutama kepada mereka yang terlibat dengan banjir.

 

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.