Home » Uncategorized » Shila Amzah Bikin Panas Dengan Media Melayu Malaysia

Shila Amzah Bikin Panas Dengan Media Melayu Malaysia

Shila Amzah Bikin Panas Dengan Media Melayu Malaysia

KUALA LUMPUR: Tindakan Shila Amzah berkongsi semula gambar keratan artikel liputan konsert sulungnya di Malaysia beberapa jam lalu mengundang perdebatan hebat di kalangan peminat laman media sosial di Instagram.

Bagaimanapun Shila sudah memadamkan gambar berkenaan apabila ia menimbulkan rasa kurang senang membabitkan pengikutnya di laman bergambar popular miliknya itu. Gambar itu dikongsinya semula dari laman Instagram @shilaamzah_photography rujuk gambar di bawah.

Keterangan gambar itu membezakan laporan media akhbar Cina di Malaysia dan China dengan media Melayu dengan hanya menjadikan laporan portal BH Online sebelum ini sebagai kayu pengukur. Keterangan di gambar itu penuh dengan sindiran.

Ia seolah menempelak akhbar Melayu yang hanya tahu menulis soal peribadi atau gosip saja berbanding akhbar bahasa lain yang berkongsi cerita konsertnya. Dalam ada yang menyokong kenyataan gambar itu, ada juga pengikutnya yang sebaliknya.

Hakikatnya, akhbar Melayu tidak diundang pada konsertnya. BH Online melaporkan di sebalik kejayaannya, Shila turut berkongsi mengenai hatinya yang sudah dimiliki. BH Online melaporkan cerita itu atas kapasiti penonton biasa kerana tiket konsert dibeli teman penulis.

Usaha menghubungi Shila dan ibunya semalam tidak berjaya. Seharusnya pihak Shila mahupun penganjur konsert perlu menjelaskan kenapa media Malaysia yang selama ini menyokong kerjayanya tidak diundang pada hari konsert itu.-BH

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.