Home » Uncategorized » Shila Amzah dan Awi Rafael bercinta?

Shila Amzah dan Awi Rafael bercinta?

Penyanyi Awi Rafael, 27, nafi pernah menjalin hubungan cinta dengan Shila Amzah, 23, sebelum ini.

Sebaliknya penyanyi yang popular dengan lagu “Pulanglah” dan “Asalkan
Aku Ok” itu berkata, hubungannya dengan Shila tidak melebihi batasan
sebagai rakan artis seperti mana hubungannya dengan artis lain.

Gosip Awi pernah menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih
Sharnaaz Ahmad itu timbul selepas dia putus cinta dengan pelakon Hanez
Suraya, baru-baru ini.

Menurut Awi, hubungannya dengan Shila yang dikenali sewaktu sama-sama
belum berada di tahap sekarang, adalah sama seperti mana dia berkawan
dengan artis wanita lain.

“Saya ikhlas berkawan dengan Shila dan tidak pernah terfikir bercinta
pun waktu itu. Hubungan kami seperti rakan-rakan artis lain. Sebagai
rakan artis saya gembira dengan pencapaiannya dalam bidang seni.

“Buat masa sekarang fokus utama saya adalah karier, tentang masa
depan itu biar Allah yang tentukan. 

Lagipun saya baru sahaja putus
cinta, jadi mana mungkin saya mencari cinta baru buat masa ini,” katanya
ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, yang
juga komposer itu berkata, dia ingin memberi tumpuan kepada bidang
nyanyian dan lakonan. – UTUSAN ONLINE

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

2 comments

  1. waahh..sekarang dh jadi mcm blog hiburan 😉

  2. ex hanez suraya kan awi rafael?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.