Home » HIBURAN » Siapa Sebenarnya Aliff Aziz

Siapa Sebenarnya Aliff Aziz

Siapa Sebenarnya Aliff Aziz? Artikel ini akan menjawab pertanyaan tersebut. Bukan apa sebab ramai yang confused apabila sesuatu berita tentang Aliff Aziz keluar di media-media netizen akan keliru di antara Aliff Aziz, Alif Satar dan Alif Syukri.

Siapa Sebenarnya Aliff Aziz
Siapa Sebenarnya Aliff Aziz

Bak kata pepatah hipster Aliff Aziz buat hal Alif Satar busuk nama. Jadi admin igin berkongsi serba sedikit tentang Aliff Aziz ini. Jom Check it out.

Muhammad Aliff bin Aziz (lahir 16 Februari 1991) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu Aliff Aziz, merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Singapura, yang kini menetap di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music BMG Malaysia.

Pada Julai 2007, beilau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun. Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mencipta album pertama dengan single hebat iaitu Cinta Arjuna yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu Sayang Sayang juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.

Selain melibatkan diri dalam bidang nyanyian, Aliff juga mencuba nasibnya dalam bidang lakonan, iaitu drama pertamanya, sebuah komedi muzikal yang berjudul Antara Kita diarahkan oleh pengarah terkenal Kas Roshan, yang mengambil watak beliau sebagai remaja yang bekerja di syarikat pencipta grafik. Drama tersebut membariskan pelakon terkenal Malaysia seperti pelawak Zaibo, Bell Ngasri, Anne Ngasri, malah bekas penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana juga turut sama berlakon drama tersebut sebanyak 13 episod.

Pada pertengahan tahun 2013, beliau pernah muncul dalam Slot Samarinda di TV3 iaitu drama berjudul Epilog Cinta Khirana, yang menampilkan beliau selaku watak antagonis iaitu Sharqir Ikhwan. Drama tersebut membariskan beliau yang ketika itu bersama aktres Tasha Shilla, Rozita Che Wan serta ramai pelakon yang berbakat.

Selain itu, beliau muncul dalam drama terbaharu menerusi Slot Akasia, iaitu drama yang berjudul Halalkan Hati Yang Ku Curi. Beliau memegang watak sebagai Faiq, seorang pemuda yang jatuh miskin dan bankrap akibat bersosial dan berbelanja tanpa batas. Drama tersebut membariskan beliau yang juga bergandingan bersama aktres terkenal Farah Nabilah, Mimi Lana, Shah Iskandar, serta dibantu oleh Azri Iskandar, Azhan Rani, Jasmin Hamid, dan Normah Damanhuri yang mengambil watak sampingan dalam drama tersebut.

Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Aliff dan adik kepada penyanyi Didi Astillah, iaitu Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau lebih mesra dengan nama manjanya iaitu, Bella Astillah, juga melangsungkan perkahwinannya secara rasmi dan mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1,000 tetamu di Top Glove, Shah Alam, Selangor. -Wiki-

Check Also

Episod Akhir Drama Kau Yang Pertama

Episod Akhir Drama Kau Yang Pertama

Episod Akhir Drama Kau Yang Pertama. Episod akhir untuk drama ini akan ditayangkan pada 18 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.