Home » HIBURAN » Sinopsis Drama Seadanya Aku TV3

Sinopsis Drama Seadanya Aku TV3

Sinopsis Drama Seadanya Aku TV3. Gabungan semula hero dan heroin drama yang pernah digandingkan dalam Love You Mr Arrogant satu ketika dulu iaitu Azlee Khairi dan Zara Zya.

Drama Seadanya Aku ini sebuah drama yang mengisahkan tentang cinta, persahabatan, dendam, konflik dan keluarga.

Sinopsis Drama Seadanya Aku TV3
Sinopsis Drama Seadanya Aku TV3

Drama ini merupakan arahan Feroz Kader.

Sinopsi drama Seadanya Aku adalah seperti berikut :-

Segalanya seakan hancur buat Aufiya (Zara Zya). Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik (Redza Rosli) tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul (Azlee Khairi) yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina (Elvina Mohamad) yang juga sahabat baiknya. Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri. Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

Apakah agaknya kesudahan kisah mereka ini? Anda kena tonton hingga ke episod terakhir.

Pelakon utama
Azlee Khairi sebagai Zarul
Zara Zya sebagai Aufiya
Redza Rosli sebagai Taufik
Elvina Mohamad sebagai Wina

Pelakon pembantu
Dayana Roza sebagai Zureen
Sharifah Husna sebagai Eliza
Ainina Ahmad B sebagai Salma
Norish Karman sebagai Kartina
Jasmin Hamid sebagai Jumah
Fadlan Hazim sebagai Hadi
Chici Bamba sebagai Harlina
Naqiu Boboy sebagai Razman Hairi

Runut bunyi
Lagu tema drama ini, “Seadanya Aku” dinyanyikan oleh Ippo Hafiz

Check Also

Sebab Datuk Rizalman Bersara Dari Bidang Fesyen

Sebab Datuk Rizalman Bersara Dari Bidang Fesyen

Sebab Datuk Rizalman Bersara Dari Bidang Fesyen. Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman mengumumkan bahawa beliau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.