Home » HIBURAN » Sinopsis Filem Rock 4 Rockers Never Dai

Sinopsis Filem Rock 4 Rockers Never Dai

Sinopsis Filem Rock 4 Rockers Never Dai. filem muzikal Malaysia 2020 akan datang arahan dan tulisan oleh Mamat Khalid. Filem ini merupakan kesinambungan kepada Rock Bro! (2016) dan ansuran keempat dan terakhir dalam siri filem Rock.

Sinopsis Filem Rock 4 Rockers Never Dai
Sinopsis Filem Rock 4 Rockers Never Dai

Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon baru termasuk Sharwani NS, Hazama Azmi, Adam John, Bulan Terry, Nazimi dengan pelakon asal tiga filem Rock, Khir Rahman, Pekin Ibrahim dan Kamarool Haji Yusoff membuat penampilan khas. Ia merupakan filem Rock pertama yang tidak menampilkan Rimba Bara. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 20 Februari 2020.

Mengisahkan Ronnie James Dio (Sharwani NS) yang tersedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman sekarang yang telah banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar.

Semasa cuba untuk menyesuaikan diri dengan arus muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia mengetuai kumpulan Rimba Bara. Dio tekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat dan dengan adanya media sosial masa kini, Dio telah berjaya menubuhkan Rimba Bara 2.

Dapatkah Dio mengembalikan jiwa sebenar muzik dan bakat dari kumpulan Rimba Bara 2 serta meneruskan legasi rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman?

Jadi sudah pasti semua peminat-peminat filem rock sebelum ini menantikan naskah terbaru dari abang Mamat Khalid ini. Jangan lupa untuk menyerbu pawagam-pawagam yang berhampiran anda.

Check Also

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19. Anda kenal Zed Zaidi? Zed Zaidi merupakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.