Home » Uncategorized » Siswi UiTM Maut di rempuh kereta pensyarah

Siswi UiTM Maut di rempuh kereta pensyarah

Siswi UiTM Maut di rempuh kereta pensyarah

Shah Alam: Seorang penuntut perempuan berusia 20 tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di kampus berkenaan petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Fatin Farah Farradia Yusof dikatakan baru selesai menghadiri kuliah di kampus berkenaan.
Difahamkan, mangsa adalah penuntut tahun dua Diploma Sains Sukan unversiti berkenaan.
Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah wanita.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sejurus kejadian dipercayai akibat pendarahan dalaman.-Metro-

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.