Home » HIBURAN » Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia

Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia

Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia. Penyanyi terkenal dan juga isteri kepada pelawak Shuib menghempuskan nafas terakhir tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia
Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan. -Utusan Online-

Check Also

Rancangan 50 Juri Dihentikan Siaran Kerana Ada Dakwaan Langgar SOP

Rancangan 50 Juri Dihentikan Siaran Kerana Ada Dakwaan Langgar SOP

Rancangan 50 Juri Dihentikan Siaran Kerana Ada Dakwaan Langgar SOP? Pihak penerbitan rancangan ‘All Together …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.