Skuad U23 Malaysia Gagal Layak pusingan akhir Piala AFC B-23 2020 . Ini disebabkan skuad muda negara hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 malam tadi. Begitupun, rata-rata peminat pasukan muda negara berpuas hati dengan keputusan pusingan kelayakan pada kali ini.
Selepas semua aksi kelayakan berakhir awal pagi tadi, Malaysia yang bersaing dalam Kumpulan J hanya menduduki tempat ketujuh kedua terbaik dengan empat slot yang diberikan diisi Australia, Iran, Syria dan Arab Saudi.
Perkembangan mengecewakan itu diperoleh menerusi status laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 1.30 pagi tadi yang mengesahkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tidak berjaya mengulangi pencapaian dua tahun lalu.
Dalam aksi semalam, Malaysia hampir melayakkan diri secara automatik apabila mendahului 2-1 namun enam minit sebelum perlawanan tamat China yang dikendalikan Guus Hiddink itu berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan Jiang Shenlong.
Sebagai rekod, Australia muncul pasukan kedua terbaik apabila berjaya mengikat Korea Selatan 2-2 pada aksi terakhir Kumpulan H, manakala Iran pula seri tanpa jaringan menentang Iraq (Kumpulan C).
Syria mara menjadi pasukan kedua terbaik Kumpulan E apabila mereka seri 1-1 ketika bertemu Jordan, manakala slot kedua terbaik terakhir diisi Arab Saudi dibantu dengan seri 1-1 menentang juara Kumpulan D, Emiriah Arab Bersatu. -SUMBER-